PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BATU PAHAT

 

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) Batu Pahat terletak di Kampung Separap 14 KM dari Batu Pahat dan 8 KM dari Pekan Parit Sulong melalui Jalan Simpang Lima/Parit Sulong. Kampus ini seluas 50 ekar. Bagaimanapun pembangunan MRSM Batu Pahat ini hanya meliputi 40 ekar sahaja.

 

Wujudnya MRSM Batu Pahat ini adalah atas usaha Y.B Datuk Ruhanie bin Hj Ahmad iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong. Majlis Pecah Tanah dan peletakan batu asas pembinaan MRSM ini telah disempurnakan pada 5 hb Oktober 1999 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia  Yang ke-4 Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad BadawiKos keseluruhan Projek MRSM ini menelan belanja hampir 46.0 juta iaitu 25.6 juta adalah kos pembinaan dan selebihnya kos tanah,perunding serta alatan dan kelengkapan. Bangunan ini di reka oleh Arkitek DZJ & Associate dan telah dibina oleh Syarikat Kontraktor Bakti Insani Sdn.Bhd. Pembinaan MRSM ini mengambil masa selama 18 bulan dari September 1999 hingga April 2001.

 

MRSM Batu Pahat mula beroperasi pada 1 hb Mac 2002. Pada tahun 2001 pelajar Tingkatan 1 telah ditempatkan buat sementara di MRSM Mersing.