Misi-visi-matlamat

Visi

Menjadikan  MRSM  Batu Pahat  sebagai  pusat kecemerlangan pendidikan  yang  inovatif dan bertaraf dunia. 


Matlamat
Melahirkan bakal-bakal saintis, ahli profesional dan usahawan tekno yang  berdaya cemerlang, berdaya saing, inovatif dan berakhlak mulia.

Misi
MRSM Batu Pahat dapat menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi dalam bidang sains dan teknologi

Objektif 

1. Menyediakan dan menyampaikan khidmat pelanggan secara profesional dan memenuhi ekspektasi pelanggan dan penaja.

2. Melaksanakan kurikulum terbeza berlandaskan prinsip-prinsip pendidikan pintar-cerdas (gifted education) dan pendekatan pembelajaran melalui penemuan dan penyelidikan (learning by discovery) dan pembelajaran pecutan (accelerated learning).

3. Membangunkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang kondusif, responsif dan suportif kepada perkembangan intelek, kreativiti, emosi, rohani dan jasmani pelajar.

4. Memperlengkapkan pelajar dan guru dengan kemahiran belajar (academic skills), kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran kendiri (self skills) dan nilai-nilai teras MRSM (Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik) secara terancang,  berterusan dan bersepadu.

5. Melaksanakan program-program pembudayaan keusahawanan untuk pelajar secara terancang dan berterusan.

6. Menjadikan MRSM ini sebagai tempat belajar dan bekerja yang selamat, bersih, ceria dan memberangsangkan.

Moto

Dicipline   Integrity    Excellence